Apakah
ada keajaiban sabar? Apakah benar dengan bersabar, hidup kita menjadi
lebih tenang? Lalu, apa bezanya sabar dengan pasrah? Mengapa kita harus
bersabar, sementara kita masih punya kemampuan untuk berbuat sesuatu?
Soalan-soalan
itu sering menganggu fikiran saya. Tidak mudah untuk menjawabnya,
kerana saya bukanlah seorang ustaz, kyai, atau perenung yang boleh
mendapatkan jawapan setelah sekian lama berdiam dan menyendiri. Saya
hanyalah orang awam yang sedang mencari jawapan dari pelbagai soalan di
atas.
Menurut
Ibnu Qayyim Al-Jauziyah, penulis pelbagai kitab dan murid dari Ibnu
Taimiyah, sabar adalah menahan jiwa dari berputus asa, meredam amarh
yang bergejolak, mencegah lisan berkeluh-kesah, menahan anggota badan
dari berbuat kemungkaran. Sabar merupakan akhlak mulia dari lubuk jiwa
yang dapat mencegah dengannya akan tegak dan baik segala perkara.
Ternyata,
sabar tidak sama dengan pasrah. Pasrah ertinya berputus asa, sedangkan
sabar bererti menerima keadaan yang ada tetapi tetap semangat dan tetap
berusaha. Sabar identik dengan bagaimana cara memendam amarah yang
menggelegak. Sabar juga sama artinya dengan menjaga mulut dari perkataan
kotor, pembicaraan yang tidak perlu serta menunjukkan kemarahan. Terus
terang, belum satupun boleh saya lakukan.
Tidak
hanya itu, sabar juga boleh diertikan sebagai kuat pendirian untuk
tidak berbuat maksiat, dan menghindarinya sejauh mungkin. Dalam hal ini,
kita dituntut bersabar dalam berpegang pada kebenaran ajaran agama.
Bukan menyelewengkannya untuk kepentingan kelompok atau peribadi.
Dari
Suhaib ra, bahawa Rasulullah saw bersabda, "Sungguh menakjubkan
perkaranya orang yang beriman, kerana segala urusannya adalah baik
baginya. Dan hal yang demikian itu tidak akan terdapat kecuali hanya
pada orang mukmin, iaitu jika ia mendapatkan kebahagiaan, ia bersyukur,
kerana (ia mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan yang terbaik
untuknya. Dan jika ia tertimpa musibah, ia bersabar, kerana (ia
mengetahui) bahawa hal tersebut merupakan hal terbaik bagi dirinya. "(HR
Muslim)
Menurut
para ahli tafsir, yang menarik dari hadis tersebut adalah setiap mukmin
digambarkan oleh Rasulullah saw sebagai orang yang mempunyai pesona,
yang digambarkan dengan istilah 'ajaban'. Lalu, mengapa dan di mana
pesona itu boleh ditemui?
Pesona
muncul dari sikap seseorang dalam menyikapi segala sesuatu. Ia sentiasa
berprasangka baik, husnuzhon, dan positive thinking terhadap segala
sesuatu yang ditakdirkan Allah SWT. Ketika mendapatkan kebaikan, ia
reflesikan dalam bentuk syukur, dan ketika mendapat musibah, ia
bersabar. Segala sesuatu yang ia terima dianggap sebagai kurnia,
anugerah Allah yang tiada banding. Ia percaya bahawa Allah tidak
memberikan sesuatu kepadanya kecuali hal tersebut positif baginya.
Begitu
pula saat mendapatkan musibah ia akan bersabar, kerana ia yakin, di
balik musibah dan cubaan tersebut ada rahsia kebaikan di dalamnya. Ia
lebih memilih bersabar dan mengembalikan semuanya kepada Allah daripada
menyalahkan Sang Kholik. Mungkin kadang-kadang ada orang mengeluh Allah
tidak adil, dan mengapa harus mengalami pelbagai cabaran.
Kesabaran
juga membuat kita tidak berputus asa sampai menginginkan kematian. Jika
memang keadaan membuatnya terpaksa maka hendaklah ia berdoa kepada
Allah untuk meminta yang terbaik baginya; apakah kehidupan atau
kematian. Hal ini terdapat dalam salah satu hadis. Dari Anas bin Malik
ra, bahawa Rasulullah saw bersabda,
"Janganlah
salah seorang diantara kalian mengangan-angankan datangnya kematian
kerana musibah yang menimpanya. Dan sekirana ia memang harus
mengharapkannya, hendaklah ia berdoa, 'Ya Allah, teruskanlah hidupku ini
sekiranya hidup itu lebih baik untukku. Dan wafatkanlah aku, sekiranya
itu lebih baik bagiku. "(HR Bukhari dan Muslim)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar